Tajuk : Proses Kognitif dalam Pencarian.
Kita
seringkali mendengar orang mengatakan ‘jangan menilai pada kulit’ atau ‘ don’t jugde the book by
it’s cover’. Manusia merupakan makhluk
yang visual. Kita memang diciptakan oleh Allah sebagai makhluk yang peka pada
apa yang ada di sekeliling kita. Dengan cara inilah manusia juga mempertahankan
diri dari bahaya.
Manusia
sering menggunakan pengelihatan untuk menilai sesuatu sebelum menggunakan
mana-mana pancaindera lain. Penilaian yang dilakukan melalui penelitian visual
ini kerana untuk mengelakan dari membuat
keputusan yang salah. Oleh itu ungkapan
‘jangan menilai buku dari kulitnya’ hanya mampu menjadi nasihat sahaja, ia
tidak lebih dari itu. Hal ini kerana suka ataupun tidak kita memang melilai
sesuatu dengan apa yang kita lihat.
Begitu
jugalah kita, melihat tajuk senaskah buku seperti ‘Ibrahim Pernah Atheis’
khalayak akan membuat berbagai interpretasi atau pun tanggapan awal
melalui pemahaman yang digarap melalui
pengalaman pembacaan atau pengalaman hidup yang bersifat peribadi dan
sebagainya.
Inti
pelajaran agama berada pada ketauhidannya. Ini adalah yang membezakan suatu
agama dengan agama yang lain, atau antara orang beragama dengan yang tidak beragama.
Agama Islam dengan agama lain misalnya sudah pasti berbeza di dalam
ketauhidanya. Islam hanya menyembah satu Tuhan, sedang agama lain mungkin boleh
menyembah lebih dari satu tuhan. Ataupun jika Tuhanya satu mungkin karekter
Tuhan yang di sembah itu berbeza.
Ada
Tuhan berbentuk benda dan patung. Ada yang menyembah Tuhan yang berada di dalam
syurga, ada yang menyembah Tuhan di langit dan ada yang menyembah tuhan yang berada di
hati. Atau mungkin ada yang meyembah Tuhan yang berada di akhirat tapi tidak di
dunia.
Agama
Islam mengikuti cara Ibrahim dalam bertuhan. Menyembah Tuhan sekaligus berada
di syurga, di langit, di bumi, di hati, di akhirat, di dunia dan meliputi apa
sahaja yang tampak mahupun tidak nampak. Iaitu ‘Tuhan Yang Segala-galanya’.
Untuk
‘menemukan’ Tuhan yang sempurna itu Nabi Ibrahim melalui fasa-fasa yang khusus.
Awalnya, beliau mengenal tuhan patung
yang di sembah oleh orang tua dan masyarakat sebagai pengikut agama
pagan. Lantas, beliau melakukan perlawanan terhadap praktik penuhanan
patung-patung itu kerana tidak masuk di akalnya, dan menghancurkannya, sehingga
dikejar oleh masyarakat dan penguasa.
Ketidak
puasannya terhadap tuhan patung membuka jalan kepada beliau untuk melakukan
pencarian spritualyang sangat panjang dan menghabiskan masa mudanya. Sebuah
pencarian yang tidak kenal lelah dan pantang berputus asa. Itulah saat-saat
beliau tidak mengakui Tuhan agama pagan, biarpun begitu beliau masih juga belum
bertemu dengan Tuhan yang sebenar (Allah). Dia juga sempat tidak bertuhan
kepada apa pun atau siapapun dalam erti kata lain Atheis.
Tetapi
hati beliau yakin, tentang adanya ‘sesuatu’ yang maha hebat itu. Sesuatu yang
menguasai segala realiti di langit dan di bumi. Dan segala peristiwa yang
terjadi di dalamnya. Naluri ketuhanan
membimbing Nabi Ibrahim sewaktu muda untuk melakukan pencarian menggunakan
kecergasan akal. Segala gelodak hatinya
di pertanyakan ke sekelilingnya. Jika tidak masuk akal, Beliau tolak.
Bertahun-tahun Nabi Ibrahim melakukan
pencarian. Dari tidak percaya Tuhan agama pagan sampai akhirnya bertemu Tuhan
yang boleh diterima oleh akal yang sihat.
Dengan
berkambangnya sains dan pemikiran moden, proses pencarian Tuhan itu memang
menjadi lebih kritis. Pertanyaan-pertanyaan yang dulu menghinggapi benak Nabi
Ibrahim sebenarnya turut berkecamuk di
benak anak-anak muda masa kini.
Meskipun
dengan bahasa yang berbeza dan keilmuan yang semakin beragam, kita tetap
melihat bahan atau perkara yang sama. Dewasa ini kita melihat banyak anak muda
yang memiliki kecenderungan melakukan pencarian ala Nabi Ibrahim itu.
Sayang,
banyak antara mereka yang terjebak pada jalan yang salah malah menjadi atheis.
Meskipun sebahagian mereka menemui Tuhan sebagaimana Nabi Ibrahim. Semua itu
bergantung kepada niat yang mendalam. Bagi yang melakukan dengan penuh
kesombongan, mereka akan berputar-putar di jalan yang menyesatkan diri sendiri.
Tetapi jika melakukan dengan rendah hati dan kesungguhan mencari, ia akan
benar-benar menemui Tuhan, Dzat Maha Agung, Sang Penguasa alam semesta.
Lebih
jauh, proses ketauhidan Nabi Ibrahim itu
bukan hanya dari tidak bertuhan kepada bertuhan , melainkan juga
bergerak-dari keragu-raguan yang tak digoyahkan. Sebuah proses keimanan yang
sangat intens, dari ‘ilmul yaqin menjadi
‘ainul yaqin, dan berhujung pada haqqul yaqin.
Pada
tahap ini Nabi Ibrahim memasuki kawasan spiritual yang sangat dalam,
meninggalkan kawasan keilmuan yang sekadar berasas pada rasional dan logik atau
memasuki wilayah rasa dengan pembuktian yang sangat halus dan terasa samar bagi orang-orang awam. Namun semua itu sangat
jelas bagi Nabi Ibrahim.
Kerana
itu tidak hairan, di masa tuanya Ibrahim sampai sanggup mengorbankan anak
kesayangannya Ismail, meskipun Allah memberikan perintah melalui mimpi. Sebuah
petanda yang kurang jelas bagi orang biasa, walaupun begitu Nabi Ibrahim yakin
dan memang terbukti bahawa keputusan itu benar. Bahawa semua itu adalah dari
Tuhan.
Begitulah
segala ringkasnya isi yang boleh kita kupas di dalam buku Ibrahim Pernah Atheis
melalui penulisan Agus Mustofa. Apa yang boleh kita rungkai disini perjalanan
mencari Tuhan itu melibatkan fenomena kejiwaan atau lebih tepat lagi ia
berkaitan dengan disiplin psikologi. Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi, mari
kita amati penelitian tentang manusia.
Manusia sebagai Homo Sapiens
Homo
Sapiens adalah mahkluk yang berfikir sehingga menjadi makhluk yang cergas dan
bijaksana. Dengan daya fikirnya manusia dapat berfikir apakah
yang sebaiknya dilakukan pada masa sekarang atau masa yang akan datang
berdasarkan pertimbangan masa lalu iaitu
pengalaman. Pemikiran yang bersifar abstrak merupakan salah satu wujudnya
budaya manusia yang kemudian diikuti
budaya lain, berupa tindakkan atau perilaku ataupun kemampuan
mengerjakan suatu tindakkan.
Manusia
sebagai Homo Faber
Homo Faber bermaksud manusia
dapat membuat alat-alatan dan mempergunakannya atau disebut sebagai manusia
kerja. Salah satu tindakkan atau wujudnya budayanya berupa barang buatan
manusia (artifact). Manusia mencipta
alat-alatan kerana mereka menyedari kemampuan mereka terbatas. Contohnya mereka
hendak melihat bintang dan mikroorgamisme maka mereka mencipta teropong dan
mikroskop.
Manusia
sebagai Homo Languens
Manusia berbicara
melalui bahasa untuk menyampai idea atau pemikiran mereka. Bahasa sebagai
eskpresi dalam tingkat biasa adalah bahasa lisan. Antara satu suku dengan satu
suku yang lain terdapat berpezaan bahasa. Perbezaan yang lebih tinggi
diwujudkan dalam tulisan sehingga sebuah pemikiran dapat diterima oleh bangsa
atau generasi bangsa lain.
Manusia
sebagai Homo Socius
Manusia hidup
bermasyarakat, bukan berkumpulan seperti binatang yang hanya mengenal hukum
rimba, iaitu yang kuat akan berkuasa. Manusia bermasyarakat diatur dengan
tatatertib demi kepentingan bersama, dalam masyarakat manusia terjadi tindakkan
tolong –menolong. Dengan tindakkan itu, walaupun fisiknya realatif, lemah,
tetapi dengan kemampuan nalar (pemikiran utk menilai buruk baiknya, fikiran yg
sihat, akal budi, intelek) yang panjang tujuan-tujuan bermasyarakat dapat
dicapai.
Manusia
sebagai Homo Economicus
Manusia dapat
mengadakan usaha atas dasar perhitungan ekonomi. Salah satu prinsip dalam hokum
ekonomi adalah untung dan rugi. Dalam tingkat kesederhanaan manusia cukuplah
sekadar memenuhi keperluan sendiri. Ekonomi berkembang melalui pemasaran. Oleh
itu setiap produktiviti akan dipasarkan untuk memperoleh keuntungan.
Manusia
sebagai Religus
Manusia menyedari
adanya kekuatan ghaib yang memiliki kemampuan lebih hebat dari kemampuan
manusia. Sehingga menjadikan kekuatan tersebut sebagai kepercayaan atau agama.
Tahap ini melahirkan animisme, dinamisme dan totenisme kemudian lahir pula
kepercayaan yang disebut sebagai agama samawi yang percaya kepada tuhan yang Maha Esa, percaya kepada nabiNya dan Kitab
suciNya yang dipergunakan sebagai pedoman manusia.
Manusia
sebagai Homo Humans
Manusia sebagai mahkluk
yang mempunyai naluri.
Manusia
sebagai Homo Aesteticus
Manusia tahu akan
keindahan dan nilai-nilai yang estetika,
cantik dan sebagainya. bagaimanapun cantik itu sangat subjektif dalam konteks
pemikiran manusia berdasarkan nilai setempat dan penerimaan bersama sesuatu
kelompok.
Dari
perbezaan-perbezaan yang sedemikian banyak, semakin nyata bahawa manusia memang
memiliki sifat-sifat yang unik, jauh berbeza daipada haiwan apalagi tumbuhan. Sehingga
manusia tidak dapat disamakan dengan binatang atau tumbuhan. Dalam diri manusia
terdapat curiosity (rasa ingin tahu),
kerana pemikiran berkembang dari semasa ke semasa. Rasa ingin tahunya atau
pengetahuannya selalu bertambah sehingga terjadi timbunan pengetahuan.
Manusia
selalu ingin tahu dalam hal apa sesungguhnya yang ada (know what), bagaimana
dengan alam sesuatu terjadi (know How), dan mengapa demikian (know why)
terhadap segala hal. Seseorang tidak akan puas apabila sesuatu yang ingin
diketahui tidak terjawab. Keingintahuan manusia tidak terbatas pada keadaan
diri manusia sendiri atau keadaan sekelilingnya, tetapi terhadap semua hal yang
adaalam fana ini bahkan terhadap hal-hal yang ghaib.
Peringkat
hubungan manusia dengan alam : Pertama adalah
manusia yang masih sangat tergantung dengan alam, sehingga ada kesan bahawa ia
adalah sebahagian dari alam. Manusia pada peringkat ini dikenali sebagai
manusia alam (natural man). Yang
hidupnya bergantung pada pemberian alam (food
gathering). Manusia alam menganut apa yang disebut sebagai agama alam,
animisme, dinamisme, atau totenisme.
Kedua
adalah manusia yang sudah menguasai alam sehingga ada kesan manusia sebagai
raja di dunia, manusia pada peringkat ini di sebut sebagai manusia budaya (cultural man) yang hidupnya dilakukan
dengan cara menghasilkan apa yang diperlukakan (food producing).
Untuk itulah manusia
berusaha mencipta alat yang dapat membantu mengatasi keterbatasan tersebut.
Dengan peralatan tersebut, memang dapat mengetahui apa yang terkandung di dalam
alam, tetapi sebahagia besar masih merupakan teka-teki. Mitos dan mitologi. Mitos
adalah cerita rakyat yang dibuat-buat atau dongeng yang berkait dengan
kejadian, gejala yang terdapat di alam, seperti tokoh, pelangi, petir, gempa bumi,
dan manusia perkasa. Mitologi bererti pengetahuan tentang mitos, Mitologi
merupakan kumpulan cerita-cerita mitos, banyak muncul pada zaman prasejarah,
yang disampaikan dari mulut ke mulut atau secara lisan. Secara garis besar
mitologi dapat dibezakan menjadi tiga pecahan. Mitos sebenarnya, cerita rakyat
dan legenda. Mitos sebenarnya adalah manusia dengan imajinasinya berusaha
secara sungguh-sungguh menerangkan gejala alam yang ada, namun usahanya belum
dapat tepat kerana kurang memiliki pengetahuan sehingga sebahagian cerita
dikaitkan dengan seseorang tokoh, dewa atau dewi.
Tujuan
manusi menciptakan mitos, kerana pada saat itu manusia masih dalam tingkat
peradapan mistik. Mereka percaya akan adanya kekuatan-kekuatan ghaib yang
melebihi kekuatan manusia biasa. Dalam zaman demikianlah, mitos dipercayai
kebenarannya kerana beberapa factor. Pertama, kerana keterbatasan pengetahuan
manusia. Kedua, kerana keterbatasan pemikiran manusia. Ketiga, kerana
keingintahuan manusia untuk sementara telah terpenuhi. Telah dikemukanan bahawa
kebenaran memang harus dapat diterima oleh akal, tetapi sebahagian lagi dapat
diterima secara intuisi, iaitu penerimaan atas dasar kata hati sesuatu itu
benar. Kata hati yang rasional dalam kehidupan masyarakat awam sudah dapat diterima
sebagai suatu kebenaran (pseudo science),
kebenaran dan hasratnya ingin tahu sudah dipenuhi, paling tidak untuk
sementara waktu, manusia berfikiran rasional; rasional adalah menerima sesuatu
atas dasar kebenaran fikiran dan rasional. fahaman tersebut bersumber pada akal
manusia yang diolah dalam otak. Dengan berfikir rasional, manusia meletakan
hububgan dari apa yang telah diketahui dan yang sedang dihadapi. Kemampuan
manusia mempergunakan daya akalnya disebut inteligensi, sehingga dapat
disebutkan adanya manusia yang mempunyai intelegensinya rendah, normal dan
tinggi.
Begitulah
apa yang kita lihat melalui penelitian terhadap manusia. Agus Mustafa dalam
penulisan Ibrahim pernah Atheis menerapkan teori psikolgi kognitif. Teori ini
menekan bahawa manusia bahawa manusia tidak dilihat sebagai makhluk yang
bereaksi secara pasif pada persekirannya tetapi berusaha memahami
persekitarannya kerana manusia merupakan makhluk yang sentiasa berfikir (homo sapiens).
Berdasarkan teoro ini, jiwa mentafsir pengalaman
interaksi secara aktif dengan mencipta, mengorganisasi, mentafsir dan mencari
makna. (seperti yang dipercayai oleh pelopor aliran rasionalisme seperti
Immanuel kant dan Rene Descartes). Aliran Rasionalisme ini kemudian menjadi
asas kepada aliran psikologi Gestalt yang melihat manusia sebagai orgamisme
aktif yang mentafsir dan memahami persekitaran masing-masing sebelum memberi
tindak balas. Manusia mengungkap pola rangsangan secara keselurahan dalam
satuan pemikiran dan tindak balas kejiwaan.
Pengertian yang mudah tentang psikologi kognitif ialah
salah satu cabang dari psikologi dengan pendekatan kognitif untuk memahami perilaku manusia. Ia
mempelajari tentang cara manusia
menerima, mempersepsi, mempelajari, memahami, mengingat dan berfikir tentang
sesuatu informasi.
Oleh itu psikologi kognitif adalah kepercayaan seseorang
tentang sesuatu yang didapatkan dari proses berfikir tentang seseorang atau
sesuatu. Proses yang dilakuan adalah memperoleh pengetahuan dan memanipulasikan
pengetahuan melalui aktiviti mengingat, menganalisis, memahami, menilai,
membayangkan dan berbahasa. kapasiti atau kemampuan kognisi biasa diertikan
sebagai kecerdasan atau inteligensi. bidang ilmu yang mempelajari kognisi
beragam, dianataranya adalah psikologi, falsafah, komunikasi, neurosains serta
kecerdasan buatan.
Kepercayaan atau pengetahuan seseorang tentang sesuatu
dipercayai dapat mempengaruhi sikap mereka dan pada akhirnya mempengaruhi
perilaku atau tindakkan mereka terhadap sesuatu.
Kisah
Ibrahim vs atheis adalah kisah pertarungan spiritual dalam diri kita sendiri.
Jika kita jujur, senenarnya setiap kita akan mengalaminya. Jiwa akan terus
bergolak antara kebodohan, keangkuhan dan keimanan. Semua itu berjalan seiring dengan waktu, yang
mengiring kita menuju ‘jalan pulang’.
Bukankah
setiap kita bakal mati? Dan kembali kepada permulaan eksistensi (kewujudan)
kita. Orang yang tidak bertuhan mengira kematian itu sebagai pengakhiran
segalanya. Dari tiada kembali kepada tiada, tanpa ada konsekuensi (kesudahan)
apa pun. sementara yang bertuhan mengembalikan semuanya kepada Sang Pencipta,
sebagai sumber eksitensi. Dan kita bakal mempertanggungjawab atas semua
perbuatan.
Kecerobohan
dalam menyimpulkan dan bersikap bakal dibayar sangat mahal, semata-mata kerana
keangkuhan dan kesombongan. Allah mengingatkan hal itu dalam firman-firmannNya.
Bahawa orang-orang yang tak mempercayai kehidupan sesudah mati adalah orang-orang yang bakal menyesali kebodohannya. Yakni, ketika mereka sudah
berada di alam barzakh, alam dimana jiwanya ternyata masih hidup meskipun
badanya telah mati.
Maka,
agar tidak terjadi penyesalan akibat kebodohan kita sendiri, Allah menganjurkan
supaya kita berhati-hati, berfikir terbuka dan rendah hati menarima segala
kemungkinan. Dengan cara ini, Insya’Allah hikmah akan bermunculan
menyempurnakan kesimpulan yang kita ambil dalam menyikapi kehidupan.
Bahawa,
realiti ini bukan hanya yang kelihatan dan boleh dibuktikan secara
pengelihatan. Kerana ia hanya menepati sebahagian kecil tidak sampai lima
peratus dari realiti alam semesta. Jika kita terlalu sombong untuk menerima kenyataan ini maka cubalah
menggeser keangkuhan tidak berdasar yang
telah kita pegang selama ini, untuk mengobservasi (memerhatikan) realiti yang
lebih mendalam. Di dalam Al-Qur’an diistilahkan sebagai hal-hal ghaib yang tak
kasat mata (tidak keterlihatan; pedadogi tampak). Kerana, dengan cara ini kita
telah membuka reality tersembunyi yang peratusannya lebih dari 95 peratus.
Kegaiban
yang tidak kelihatan itu tidak boleh difahami dengan logik dan rasionalisasi semata-mata,
melainkan mesti diceburi dengan proses-proses spiritual yang lebih professional
dan mendalam. Jika tidak, kita akan terkena sindiran Al-Qur’an, yang menyebut
kita hanya bermain perkiraan dan menduga-duga realiti ghaib itu dari kejauhan.
Dan kita akan terus berada dalam keragu-raguan yang mendalam.
Smua
terpulang kepada kita sendiri. Sebab kehidupan ini bukan bukan soal objektif,
melainkan subjektif. Ternyata semua mesti dimulai dari niat yang subjektif
kerana segala objektif hanyalah subordinasi (subordination; pentaksetaraan) dari apa yang kita persepsikan dalam
memahami realiti. Penemuan-penemuan moden tentang relativiti dan
ketidak-pastian segala sesuatu telah
menjadi landasan yang kuat bahawa subjektiviti memang lebih dominan daripada
objektiviti. Bahawa realiti tidak lebih hanyalah manifestasi dari subjektiviti
yang disepakati.
Jika
kita sependapat dalam hal ini, maka sekaranglah saatnya untuk menata persepsi
subjektiniti kita. Memasuki proses spirituality yang jauh lebih mendasar dari sekadar bermain-main logika dan
rasionalitasi yang hanya berada dipermukaan realiti. Kerana, cara itu tak akan
pernah menyentuh substansi.
Jika
kita bertujuan untuk bertemu dengan Sang Maha realiti yang Maha Subjektif.
Tidak ada jalan lain, kecuali kita menata diri kita dengan cara subjektif yang
telah diajar olehnya. Agar Dia berkenan hadir
dalam keseluruhan kesedaran kita. Dalam segala peristiwa yang kita
lalui. Dengan cara itulah Ibrahim memperoleh kedalaman spiritualnya, sehingga
Allah memperlihatkan tanda-tanda
keagungannya di alam semesta yang sedang diperhatikan.