Tajuk: Bangsa Kita Lupa Sejarah.
Selesai
membaca sebuah penulisan esai ringkas dari seorang sahabat Arian
Ploso, mengenai “Langkah-Langkah ke Arah Kemajuan Bangsa". Apa yang
dipertegaskan oleh beliau ialah mengenai sejarah. Betapa pentingnya kita
melihat kita merujuk sejarah sebagai satu garis panduan dalam melangkah ke masa
mendatang.
Menyentuh perkara ini mungkin ramai
tidak mengambil endah tentang betapa pentingnya kita merujuk kepada latar
peristiwa lalu. Apa yang ingin dibangkitkan sini, generasi muda kini semakin
menjauh dengan sejarah. Di sekolah-sekolah atau Universiti pula mata pelajaran
yang berkaitan dengan sejarah boleh dikatakan sebagai matapelajaran yang sangat
membosankan. Mungkin kaedah atau silibus atau sukatan pembelajaran itu sendiri
kurang menarik. Mungkin gaya bahasa penulisan sejarah itu kurang menarik. Ramai
antara pelajar kita pada era kini mengeluh, mereka menyatakan mata pelajaran
sejarah adalah seseuatu yang
membosankan.
Oleh yang semikian perkara sebegini
harus dititik beratkan pada generasi muda kini kerana tanpa pemupukan semangat,
generasi muda kini akan terjajah kembali dengan cara moden di era globalisasi
ini. Hal begini harus dibendung. Penulisan sejarah di sekolah-sekolah harus di
tulis semula, kerana sebahagian sejarah bangsa Malaysia disenyapkan atas dasar
dan kepentingan pihak tertentu. Sejarah yang tercacat pada buku rujukan
sekolah-sekolah kini lebih banyak menceritakan tetang kehebatan penjajahan
menakluki bumi Malaysia. Perihal tentang kita kemerdekaan kita juga tidak jelas.
Ada sebahagian perkara yang menaikkan semangat kenegaraan kita disembunyikan.
Cara kemerdekaan kita yang tercacat di buku-buku sekolah pula mengangkat golongan bangsawan, hanya
sebilangan kecil sahaja golongan bawahan yang diangkat seperti semua sedia
maklum, antaranya Dato Bahaman, Tok Janggut, Dato Naning, dan beberapa orang lagi.
Golongan kiri yang dianggap kiri
oleh pihak penjajah tidak begitu diangkat, malah seboleh-bolehnya ingin
disembunyikan daripada pengetahuan umum. Ketidakjujuran dalam penulisan sejarah
inilah yang membuatkan generasi muda kini merasakan mempelajari sejarah itu
adalah satu yang membosankan. Ini kerana sumber sejarah yang tertulis di
peringkat sekolah tidak sedikitpun yang memupuk mereka untuk bersemangat.
Sumber sejarah kita lebih banyak memperhebatkan bangsa asing yang menjajah. Seolah-olah
bangsa kita ini adalah bangsa yang begitu lemah sekali. Mungkin boleh kita katakan sumber sejarah kita juga turut terjajah.
Oleh yang demikian kita memerlukan
satu perubahan yang drastik. Pemupukan budaya yang pelbagai harus disatukan
kerana negara kita mempunyai masyarakat yang majmuk. negara kita tidak seperti
kebanyakan negara yang lain. Dalam sistem kini kita masih terikat dengan pemecahan
kelas iaitu masyarkat Melayu hidup di kampung-kampung, Masyarakat India di estet-estet,
masyarakat cina pula di bandar-bandar. Sistem yang ditinggalkan oleh penjajah
ini masih terpupuk dalam masyarakat kini. Perkara sedemikian harus dihakis dan
disimulasikan semula. Supaya antara kita tiada perbezaan bangsa biar pun
berlainan kaum mahupun anutan agama.
Meletakkan perbezaan bangsa itulah yang menjatuhkan sesuatu bangsa. Di
Malaysia, Bangsa Melayu menganggap diri mereka sebagai tuan, di tambah pula berbagai
peruntukkan dan subsidi diutamakan kepada mereka. Hal ini jugalah yang
membuatkan mereka malas bersaing. Malah sering ditindas oleh bangsa lain,
biarpun mempunyai taraf warganegara yang sama.
Selain itu budaya terikut-ikut
dengan budaya kearaban, kebaratan inilah yang menjatuhkan malah menghakis identiti
bangsa sesebuah negara. Hal ini lebih ditekankan kepada masyarakat Melayu. Apa
yang dapat kita lihat pada hari ini
masyarakat melayu lebih terikut-ikut dengan pembudayaan luar ini. Mereka merasakan
seolah-oleh budaya mereka sendiri itu tidak bertamadun, sehingga perlu
mengangkat budaya yang begitu asing pada diri mereka sebagai satu pahaman dan
anutan. Ini adalah satu perkara yang amat menyedihkan.
Mungkin ini juga boleh kita katakan sebagai
satu permasalahan dalam negara banga yang serba pincangan ini. Oleh yang
demikian penitikberatkan dalam menggali permasalahan ini harus dilakukan dengan
kadar segera agar kepincangan ini tidak
berlanjutan, sehingga pupusnya sesuatu bangsa yang pernah menggelarkan diri
mereka sebagai tuan kepada negeri yang berdaulat. Era kini kita masyarakat Melayu
bukan lagi tuan tanah yang berdaulat. Kini tanah ini adalah tanah bersama, kita
berkongsi tanah. Memajukan dan memeliharanya adalah tanggungjawab bersama.